Ketika Misi Ibadah Korban tahun 2024 baru-baru ini di Uganda,Afrika, kami sempat menziarahi sebuah masjid di salah sebuah perkampungan Islam. Masjid tersebut kami lihat sangat naif kerana struktur binaannya menggunakan batang kayu, pelepah pisang yang kering dan beratapkan langit.
Runtun hati kami melihat keadaan masjid disana sedangkan kita di tanah air memiliki masjid yang selesa untuk orang menunaikan ibadah. Maka dikesempatan ini, kami bertanggungjawab menyeru orang ramai yang berminat untuk bersama kami bagi menyempurnakan pembinaan masjid ini untuk merebut peluang yang dibuka.
Andalah insan budiman, pemurah dan penyayang yang kami cari. Jom bersama kami menyempurnakan sebuah masjid yang selesa agar penduduk kampung disana dapat menunaikan ibadah dengan selesa dan boleh menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan bersama masyarakat setempat.
InsyaAllah sumbangan wakaf masjid Afrika boleh disalurkan melalui link, akaun bank & QR Pay yang tertera :-
Protes anti-kerajaan Israel diteruskan di jalan-jalan di Tel Aviv pada Sabtu, mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meletak jawatan.
Kebanyakan penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil membawa sepanduk yang mengkritik kepimpinan Netanyahu berhubung isu-isu penting seperti membawa pulang tebusan dari Gaza dan bersetuju untuk genjatan senjata.
Protes mingguan ini semakin kerap diadakan, terutamanya ketika konflik di Gaza masih berlanjutan.
Pada Sabtu, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 90 orang Palestin di zon kemanusiaan di Gaza.
Penduduk yang berlindung di kawasan itu melaporkan bahawa khemah mereka musnah akibat serangan tersebut, dan mayat serta anggota badan bertebaran di atas tanah.
Selain itu, ramai penduduk yang cedera dalam serangan itu, termasuk wanita dan kanak-kanak, dibawa ke Hospital Nasser berhampiran kawasan kejadian.
Selesai penyembelihan korban lembu di daerah Kosti pada raya kedua, kami teruskan perjalanan ke perkampungan daerah Mawanga untuk ziarah serta santuni penduduk minoriti Islam dan hadiahkan gula-gula buat anak-anak Afrika
17 Jun 2024 | Kg. Islam di Daerah Mawanga, Uganda, Afrika